nuffnang

Saturday, April 30, 2011

Terimalah Seadanya

Assalamualaikum...

Salam kebahagian, Salam keinsafan, Salam ketenangan.


Tenangkah anda ketika ini? tenang mahupun tidak, aku sentiasa mendoakan ketenangan para pembaca yang dihormati sekalian, insyaAllah. Semoga rasa bahagia yang kita kecapi tatkala ini akan terus berkekalan selamanya. kepada yang bermuram durja, cermin cerminkan diri anda di depan cermin. tgk cun ka tak cun dengan muka anda yang suram itu? kalu tak, cuba buat tarik mulut anda membentuk senyuman yang besar sekarang. amacam? dah lawa? hehe. ceywah.. puitis macam A. Samad Said la plak. haha!

Aku baru ja balik dari Peneng ni. pergi antar abang ipar aku naik flight ke JB. flight berlepas pukui 6.55 pagi, so kami bertolak awal dalam kul 3.30 pagi td. so lepas drop by abang ipar aku di airport bayan lepas tu, aku pon terus balik. tapi sebelum tu cuba untuk mengajak 2 3 org ahli kbu untuk berjumpa tapi msg dak ni tak berapa nak dilayan. yg layan msg budak ni cuma naqiah, che ain, dan kak adish shida. tapi depa pon ada hal masing2. sob3.. jadi, aku pon ambik keputusan untuk pandu terus balik Jitra.

Kerana suasana agak suram tak dapat jumpa kawan-kawan, aku pon bawak kereta dengan sangat perlahan. average speed lebih kurang 80 - 100 km/j sahaja. bagi aku slow la tu, sebab selalunya 140 km/j tu paling slow. haha.

Entri ini bukan nak cerita tentang kesuraman yang berlaku, tapi nak mengupas tentang bagaimana caranya untuk kita lebih menghargai diri kita. mungkin kadang-kadang kita rasa rendah diri sebab kita memang dilahirkan rendah, ataupun terasa kecil hati kerana mempunyai saiz badan yang kecil, atau rasa rimas, kerana lemak dibawah dagu bertemu dengan permukaan dada sehingga menenggelamkan tengkuk sekaligus payah untuk menoleh ke kiri dan ke kanan. erk?

Bagaimana caranya untuk lebih menghargai diri kita? gunakan step - step dibawah ini!

1) Mencerminkan diri sendiri. mula - mula anda perlu bercermin. lihat diri anda sepuas-puasnya dicermin secara fizikal. adakah anda hensem? adakah anda cantik? adakah anda comel seperti siput comel? buat penilaian sendiri, tapi penilaian itu haruslah secara jujur dan ikhlas. jangan sesekali cuba untuk menipu diri sendiri! kalau tak hensem, mengakulah tak hensem. kalau tak cun, kata tak cun. kalo boleh sila lihat diri anda kearah yg negative. dah siap langkah satu? okeh kita proceed...

2) Kenal pasti kelemahan dan kekurangan diri. cuba senaraikan sebanyak mungkin kelemahan diri anda, dari A sampai Z secara spiritual dan emosi. anda seorang yang ketegar? seorang yang panas baran? ego? kurang didikan agama? mulut becok? tambah sendiri mengikut citarasa anda. yang penting, jujur dan jangan sesekali cuba untuk menipu diri sendri! dah siap langkah dua? okeh proceed next step...

3) Bermuhasabah diri. sekarang anda pasti yakin yang anda sangat banyak kelemahan. kelemahan-kelemahan anda itu melambangkan ketidaksempurnaan anda. sebagai makluk ciptaan Allah yang pelupa, kadang-kadang kita tak sedar kekurangan diri kita sehinggalah kita bermuhasabah diri. kadang-kadang kita terlalu banyak menipu diri kita sendiri untuk menutupi kelemahan-kelemahan diri kita yang ada. lama-lama kita boleh menjadi penipu tegar atas kekhilafan kita tanpa kita sedari. ibarat seseorang yg menghisap rokok, dah tau rokok itu bahaya tapi sebab selalu diamalkan, dia terlupa yang dia sedang membahayakan dirinya. muhasabah diri yangsebaiknya adalah dengan bertaubat kepada Allah swt. dengan itu kita akan rasa lebih insaf dan berasa dekat dengan-Nya.

4) Ubah apa yg patot. ini lah time paling crucial yang perlu anda lakukan. ianya amat berat untuk dilakukan tanpa azam yg kuat. mengubah kebiasaan diri memanglah payah, tapi percayalah tanpa perubahan, kita akan sentiasa berada di takuk yang lama. tak mungkin berubah. contoh mudah, kalu anda seorang obes, cuba kawal pemakanan anda. kalau anda berterus-terusan amal tabiat pemakanan anda seperti kebiasaan, adakah akan berubah? aku rasa tidak akan berlaku. begitu juga dengan apa pon, secara fizikal mahupun rohani, jika tiada tindakan atau anjakan paradigma yang sesuai dilakukan, maka apa yg anda expect akan berlaku? semestinya takuk lama itu yg aka anda kekal.

5) Sentiasa positif. 'last but not least', setelah kelemahan anda anda kaji satu persatu, muhasabah diri, serta perubahan yang sentiasa istiqomah kearah kebaikan yang anda lakukan, anda haruslah melengkapkan diri anda dengan pemikiran positif. contoh lagi : anda tahu anda tak cun seperti kawan anda yang bernama lisa surirumah, tapi apa ada hal? anda mungkin lebih cun berganda dari lisa surirumah dimata orang lain yang menyayangi anda. kalu dikatakan lisa surirumah itu cun secara fizikal, bagaimana pula secara rohaniahnya? cuba compare dengan diri anda. tapi kalu kedua-duanya anda takda, alangkah malangnya diri anda. dah la tak cun, lepastu buruk perangai pula. nauzubillah. (ini contoh bukannya betul pon harap mak long huhu, boleh guna namqa lain kalu anda suka seperti Hanis Zalikhi, Siti Nor Halija, Helija AF dan etc.) buat lah perbandingan yang sihat, yang penting tidak khurafat seperti cerita khurafat tu.

kesimpulannya, terima lah diri anda seadanya. yakin lah setiap yang berlaku keatas kita adalah percaturan Allah SWT, dan percaturan Allah SWT itulah yang paling terbaek untuk kita. buruk ka, huduh ka, gemok ka, cacat ka itu semua diri kita bukan orang lain, terimalah seadanya. lakukan perubahan jika perubahan itu membawa kebaikan keatas diri kita dan tidak melanggar batas-batas agama. peace.

P/s: semua nama yang aku sebut tu tiada kaitan dengan mana-mana pihak secara hidup mahupun mati. erk? huhu...

P/s 1; kalu ada apa2 yang tak kena, sila komen secara ikhlas, tima kasheh~




Sekian dulu dari Hadi PELERA,

Wassalam

Friday, April 29, 2011

HABLUMMINALLAH HABLUMINANNAS

Assalamualaikum...

Terdetik hati aku untuk membicarakan tentang konsep hablumminallah hablumminannas setelah menonton rancangan Tanyalah Uztaz, suatu rancangan yang aku percaya memberi impak kearah kebaikan kepada sesiapa saja yang mendambakan ilmu agama dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Aku pon tak sure nama uztaz yang memberi penerangan di tv9 tersebut, namun aku lebih tertarik dengan hujah-hujah yang beliau lontarkan.

Apa itu hablumminallah hablumminannas ? Ia adalah soal hubungan manusia dengan Allah SWT (hablumminallah) dan hubungan manusia dengan manusia yang lain (hablumminannas).

Ada seseorang bertanyakan soalan kepada ustaz tv9 tersebut seperti ini, "ustaz, saya ingin bertanya tentang konsep hablumminallah hablumminannas nih. ada sesetengah orang terlalu mementingkan hubungan mereka dengan Allah ( hablumminallah ) sehinggakan lupa hubungan mereka sesama manusia ( hablumminannas ). so boleh ustaz tolong perjelaskan tentang isu ini?"
[lebih kurang la soalan yang aku ubahsuai ni dengan soakan yang si penanya tu menanyakan ustaz tersebut].

So ustaz tu pon beri penjelasan macam ni :

1) Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah priority.

2) Namun, Allah juga menciptakan manusia untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain, walaupun kecintaan manusia kepada Allah itu adalah priority, namun hubungan manusia dengan manusia tidak boleh dilupakan.

3) Nabi SAW pernah menjawab persoalan para sahabat tentang konsep hablumminallah hablumminannas nih, Baginda Rasulullah pernah berkata lebih kurang macam ni, ("walaupun aku adalah seorang Rasul Allah, namun aku juga seorang ayah dan juga suami" reference : ustaz tv9)

4) Hubungan manusia dengan manusia yang mana menjurus kepada kecintaan kepada Allah SWT adalah hubungan yang terbaik

5) Manusia tidak mampu hidup keseorangan diatas muka bumi ini kerana manusia memerlukan satu sama lain (konsep khalifah diatas muka bumi)

Jadi aku ingin membuat kesimpulan disini bahawa, hubungan manusia dengan Allah SWT adalah Prioriti atau keutamaan kita, namun harus tidak dilupakan hubungan sesama manusia kerana manusia diciptakan untuk saling memerlukan. binalah hubungan sesama manusia yang mana menjurus kepada ketaqwaan dan kecintaan kepada Allah SWT dalam mengharungi ujian dan dugaan di dunia ini.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan ini, insyaAllah.




Sekian dulu,

Hadi PELERA

Monday, April 25, 2011

Laksamana Sunan

Assalamualaikum wbt

Hari ini aku akan bercerita tentang seseorang Hero yang aku amat kagum, mungkin hero aku ni adalah realiti, mungkin juga beliau hanya hidup dalam alam khayalan fantasi aku saja tapi aku sangat mengagumi beliau. sangat! bila aku maksudkan sangat tu memang benar-benar aku maksudkan.

Siapakah Laksamana Sunan?

Nama Sebenar Laksamana Sunan ialah Saifudin. Saifudin ialah orang melayu kita. mendapat ilmu persilatan dan ilmu agama dan sangat dikagumi lawan dan musuh daripada seorang guru di Tanah Jawa, Acheh. Setelah sekian lama beliau kembali juga ke tanah air untuk bersua dengan ahli keluarga tercinta yang telah lama ditinggalkan. kanapa beliau belajar di Acheh? Beliau difitnah penduduk kampung, katanya beliau telah merosakkan anak gadis seorang ketua kampung kalu tak silap aku.

Dengan Iman yang kuat dihati, beserta hati yang bersih dalam mentaati segala perintah Allah swt, Saifudin telah menjadi seorang lelaki hebat yang dikenali diseluruh rantau tanah jawa dan juga tanah melayu. berita tersebar luas dari mulut ke mulut. tapi oleh sebab beliau telah dikenali ramai, ada juga yang memusuhi beliau termasuklah musuh yang mengamalkan ilmu hitam dan yang hamba kepada taghut (syaitan).

Tiada yang lebih hebat berbanding Allah yang Maha Esa, itulah antara ungkapan yang sering dihamburkan oleh jejaka tampan yang bernama saifudin itu. itulah pegangan yang dipegang teguh oleh beliau sehinggakan musuh dan syaitan gentar untuk beradu tenaga dengannya. usahkan menyentuh tubuh saifudin, nak melangkah menghampirinya pon sukar. Pagar diri yang diamalkan saifudin nyata kebal, sekebal tembok konkrit KLCC, tinggi menggunung dan kukuh mencengkam.

Walaupun saifudin mempunyai pakej yang serba hebat berbanding orang lain, tapi beliau berjiwa mulus. tidak pernah sesekali meninggi dan bangga diri. tidak pernah berkata kesat, tidak pernah memandang sinis kepada manusia, tidak pernah membenci, tidak pernah menyesatkan, hanya yang baik-baik belaka mengenai beliau. Beliau sentiasa segera bermuhasabah diri jika merasakan beliau tersasar jalan, walaupun cuma sekali dua. itu pon hal remeh temeh bagi kita. disitu lah timbul bertapa kagumnya aku kepada beliau, kalau boleh aku pon mau jadi seperti Saifudin. insyaAllah doakan aku.

Zikir dan ayat-ayat Quran sentiasa menjadi Amalannya seharian. Solat Sunat ditambah bagi memperbaiki yang wajib. jika ada ruang kosong, pasti akan diisi dengan lafaz-lafaz memuji Allah seperti Allahu Akbar, Subhanallah, Alamdulillah dan lain-lain.

Beliau pernah bertarung dengan Hang Tuah Pahlawan Melaka yang dikatakan hebat dengan keris Tamming Sari itu. Kebal kononnya. Kemenangannya dengan Si Tuah tidaklah dibanggakakn olehnya, sebaliknya beliau cuba untuk mencari jalan yang terbaik selain berlawan sesama Islam. tapi bila berlawan dengan iblis dan syaitan, saifudin ibarat singa yang ligat bertarung. tapi dalam pada yang sama, ramai juga manusia bertopengkan syaitan yang insaf dan akur dengna keikhlasan saifudin lalu kembali kepada Agama Islam yang suci.

"Andai dapat kucapai Awai, Maka Saktilah Hamba", adalah ayat yang terpahat dihati aku. kalu tak silap saifudin pernah naik kapal terbang sebab beliau menerima anugerah hebat dari Allah iaitu Ashabul Kahfi dan telah dipindahkan ke masa depan iaitu masa ini. berjumpa dengan gadis cantik bernama Haryani dan hampir berkahwin. Ada kisah cinta antara mereka yang amat aku kagumi. nak tau lebih lanjut sila lah baca novel Marvelous Ramlee Awang Mursyid dalam judul dan siri novelnya. Hebat!

1) Bagaikan Puteri
2) Cinta Sang Ratu
3) Hijab Sang Pencinta



Sekian dulu dari aku yang mengagumi Saifudin aka Laksamana Sunan,

Hadi PELERA

Friday, April 22, 2011

Pantun

Assalamualaikum pembuka bicara
Doaku sentiasa untuk para pembaca
Sihat kuat hebat dan ceria
Dunia akhirat kita berjaya!

Jadikan taqwa sebagai jalan
Di dalam hidup sepanjang zaman
Taat dan patuh pada pimpinan
Selama Quran jadi pegangan

Sunnah nabi dipegang teguh
Sunnah khulafa diikut penuh
Mesti waspada ajaran musuh
Bid'ah dholalah wajib dijauh

Ilmu agama beransur hilang
Para ulama kian berkurang
Ilmu dunia makin cemerlang
Jadi tumpuan semua orang

Bekalkan diri ilmu akhirat
Untuk laksana amal ibadat
Tuntutlah ilmu sebelum diangkat
Negeri akhirat dapat selamat

Nasib agama diakhir zaman
Kembali asing dari pandangan
Ramailah orang sudah lupakan
Rukun Islam dan rukun iman

Wahai kemana arah tujuan
Bila agama sudah lupakan
Marilah kita cuba hidupkan
Sunnah Junjungan Syariat Tuhan

Ujian dahsyat terhadap iman
Hampir menggoncang asas pegangan
Dipagi petang, kiri dan kanan
Iman didada jangan lepaskan

Jangan dijual agama suci
Walaupon harga mahal sekali
Simpanlah ia disanubari
Untuk bekalan menuju mati

To be continue...

P/s : Rujukan adalah dari buku peristiwa akhir zaman susunan AABAN

Sekian dulu Dari Hadi PELERA,

Wassalam

Thursday, April 21, 2011

Golongan Ruwaibidhah

Assalamualaikum

Tau tak apa itu golongan Ruwaibidhah? sapa tau alhamdulillah, sapa taktau pon alhamdulillah sebab aku akan share disini Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah tentang golongan Ruwaibidhah.

Maksud Hadis

Ertinya :

Daripada Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah saw bersabda; " lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau yg panjang). Dan pada waktu itu orang yg berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang kianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi saw menjawab, " orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai".

HR Ibnu Majah

Ulasan Hadis :

Daripada ulasan yang diterbitkan oleh AABAN, aku dapat simpulkan beberapa perkara yang ingin dinyatakan dalam hadis ini. antaranya adalah :

1) zaman yg disebutkan adalah zaman akhir zaman.

2) zaman manusia kembali jahil tentang ilmu-ilmu akhirat dan lebihkan duniawi semata-mata

3) orang yang benar (berpegang teguh pada ajaran Islam) diketepikan, malah org yg kianat serta fasiq disanjung dan dipuja-puja

4) orang yg berilmu agama (benar) dianggap kolot serta ketinggalan zaman, tidak layak untuk berkata-kata dizaman serba moden ini.

5) lebih mempercayai orang yg buta agama (orang yg tak dapat bezakan antara yg disuruh dan yg ditegah Allah swt)


Sama-sama kita muhasabah diri, insyaAllah.

P/s: aku bukan ustaz. rujukan kepada orang yg lebih berpengetahuan agama adalah lebih baik dalam mendalami isi-isi hadis.

Wednesday, April 20, 2011

Nak tulis apa ni?


Assalamualaikum.

masih dalam keletihan kerana belum sempat tidoq harini

almaklum la baru balik dari Jouh oww.. (Johor)

penat cik oi drive jauh-jauh

first time aku drive sejauh ni dalam hidup aku masyaAllah

antara RNR yg aku sempat berhenti tadi adalah,

dari JB
Ayer Keroh, Melaka
Gunung Semanggol, Perak
Gurun, Kedah
sampai Jitra

total kilometer tambah tolak 1000 km.

(-.-)

tapi alhamdulillah selamat sampai syukran2 ya rab

okeh nak tidoq dah

sekadar nak praktis jari-jari menari atas key board ja harini.

Sekian,

Hahaha,

Adehh,

Wassalam

Tuesday, April 12, 2011

'Segment jujur aku mata duitan' (?)

Assalamualaikum wbt,

Iklan sebentar :

Header Blog imanadalahmutiarahati adalah hasil rekaan template designer terkemuka iaitu Cik Naqiah Othman, turut dibantu oleh pakar motivasi terkenal iaitu Cik GKSB.

huhu. Kenapa la diri ini ditag dalam segment macam ni? err malaih r nak jawab. malaih malaih malaih malaih. hahaha.

Perlu ka cik Erin Azizan untuk aku jawab semua ni? err.. Cik Maira Queen? perlu ka penting ka ni untuk apa semua ni? sila jawab dulu untuk apa?
hahaha ~(^.^)~

mai kita try test uji dulu dengan kiraan satu sampai sepuluh, tengok yang no sepuluh tu mau ka takmau. :p


dalam kiraan : nak jawab ka takmau?

1. jawab
2. takmau
3. jawab
4. takmau
5. jawab
6. takmau
7. jawab
8. takmau
9. jawab
10. takmau (yey! tak perlu jawab ngeh ngehngeh)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Special P/s to : Cik Erin Azizan, CC : Cik Maira Queen :

P/S ALSO TO EVERI-BODI

(gila duit/mata duitan) dalam erti kata lain 'nak jadi kaya'.

Ini mungkin antara jawapan yg aku boleh bagi kat hampa diatas 'curiosity' yang membuak-buak dalam hati hampa tu. mungkin. :p

Soalan 1 : Nak jadi kaya? kenalkan diri dulu.
Jawapan aku : Nak Nak, otw... saya seorang remaja lelaki meningkat dewasa.

Soalan 2 : Pasaipa nak kena jadi kaya? kau kaki kikis kah?
Jawapan aku : kaki kikis tu jawapannya keras sikit, 'tidak!'

Banyak sebab dia, antaranya ialah :

a. untuk keperluan diri
b. untuk keperluan keluarga
c. untuk keperluan orang lain
d. untuk keperluan Negara, Bangsa dan Agama tercinta

Dengan duit kita boleh buat macam-macam. lagipun orang yang banyak harta kalu infakkan hartanya ke jalan yang diredhai Allah besar pahalanya. zaman sekarang ni zaman materialistik, sangat memerlukan duit untuk hidup, tiada duit sapa pun tak peduli, sapa pun tak pandang. tak perlu sembang nak bantu orang, nak bantu diri sendiri pon tak lepas kalu duit takdak!

Soalan 3 : Setuju dengan ayat --> 'aku tak kisah hidup susah macam ni, asalkan bahagia' dan 'aku tak kisah hidup sederhana pon asalkan aku bahagia'

Jawapan aku : aku rasa orang yang berkata begitu orang yang jenis suka menipu diri sendiri. contoh mudah : kalau seorang suami tu tak mampu nak bahagiakan rumahtangga yang terjalin atas dasar cinta, sehinggakan si isteri menderita hidup susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, anak-anak kebuluran, hal ehwal keperluan rumah terabai, pendidikan anak-anak apatah lagi, susu pampers suma tak mampu beli! adakah ini yang dinamakan bahagia? tepuk dada tanya orang sebelah, ada keja kosong tak? tak baik menipu diri sendiri. pelis la pelis. pelis be realistik!

4. bila kaya jadi riak, amacam?

Jawapan aku : phewh! kalau la soalan ini yang selalu menghantui diri anda sehinggakan anda sanggup hidup dalam kegelapan, tidak berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan, tidak berani untuk menjadi kaya, sampai kiamat pon umat Islam akan terus ketinggalan. back to Quran and Sunnah Rasulullah SAW. Nabi SAW pun orang kaya apa, isteri baginda kaya. ada sapa nak bantah?

cuba selami dialog kt bawah nih, aku bukan apa, bila cakap isu pasaI nak 'ubah kehidupan' ni aku sensitip sikit. maap la kalu ada yang terasa hati. bukan niat aku cuba menyakitkan hati orang lain cuma aku cuba untuk jadi realistik. aku takmau menipu diri sendiri dan menipu rakan. sebarang kekasaran ayat didahulukan dengan ucapan maaf. nasihat aku satu ja, jom kita sama-sama usaha macamana pon (asalkan halal) supaya keluar dari kepompong kemiskinan. berilah diri peluang untuk menjadi kaya, infakkan harta yang melimpah ruang tu ke jalan Allah SWT. moga berkat hidup dunia akhirat. peace~


................

budak lol yang takdak duit : ''Bro, nak masuk tandas berapa puluh sen?"

bro yg suka powpowpow :"50 sen bro, sekarang semua naik harga, termasuklah tandas awam ni!"

budak lol yang takdak duit : "Adehh, mana saya ada duit sebanyak tu bro! saya ada 30 sen jer nih. tolonglah bro tak tahan da nih. pleaseeeee!!"

bro yg suka powpowpow : " Ah! lantak ko la, ada aku kesah? ko berak la atas jalan tu. pegi pegi pegi! ::no mani no tork::, ko ingat tandas ni bapak ko yang punyaaa?? ::get lus::

...................

Sekian dulu dari Hadi PELERA yang berusaha untuk jadi kaya woha!,

Wassalam.


yg ditag : KSP & Pakcu Sofi

Umat Islam Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nashrani


Assalamualaikum.

Semalam aku ada review pasal sebuah hadis yang ditulis oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (AABAN). boleh lihat sini. buku ni bagi aku sangat berguna dalam isu untuk memahami peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada akhir zaman ini.

Oleh kerana manfaatnya yang aku yakin sangat berguna, aku ingin teruskan usaha untuk meng'review' buku ni. harap anda dapat mengikuti hadis-hadis yang akan aku kongsikan untuk bacaan bersama, insyaAllah. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah Swt, dan yang buruk itu pon datang daripada Allah jua, tapi atas kelalaian aku sendiri.

Hari ini masih dalam misi ingat mengingatkan sesama umat. ada satu hadis yang akan aku kongsikan. walaubagaimanapun, aku bukanlah ustaz mahupun pakar agama. bimbingan daripada alim ulama diperlukan untuk memperhalusi makna hadis ini dengan lebih tepat dan teliti. harap maklong.

.............................

Maksud hadis,

Ertinya :

Daripada Abu Sa'idAl-Khudri r.a berkata : Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: " kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pon kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. 'Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan? Nabi saw menjawab, "siapa lagi kalau bukan mereka".

[H.R Muslim]

...........................

Ulasan hadis ;

Umat Islam pada hari ini terdedah dengan cara hidup orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kita tidak sedar mahupun sengaja.

Zaman sekaran ni kita dapat lihat bahawa sabda Rasulullah saw ini betul-betul berlaku. Ramai orang Islam yang semakin sesat, leka dengan pengaruh dari Yahudi dan Nashrani, termasuklah dari cara pemakaian, hiburan, makanan, cara hidup dan sebagainya yang mana betul-betul lari dari landasan agama Islam yang sebenar.

Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nahrani dan ramai juga yang jadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah, selamatkanlah kami muslim muslimin daripada bahana pengaruh Yahudi dan Nashrani.

Amin Ya Rabb


Ulasan diolah oleh : Hadi Pelera
Buku panduan : Peristiwa Akhir Zaman susunan 'AABAN'

Monday, April 11, 2011

Muhasabah diri

Assalamualaikum.

P/s: mari kita ambil masa buang 2 3 minit untuk beristigfar kepada Allah SWT,

Astagfirullahala'zim

Astagfirullahala'zim

Astagfirullahala'zim

Alhamdulillah,

dengan beristigfar kepada Allah Swt

insyaAllah kita akan rasa lebih lapang, lebih tenang dan lebih bersemangat!

dalam menempuh hari-hari esok, insyaAllah

Sedang aku bermuhasabah diri,

tiba tiba aku ternampak sebuah buku atas meja komputer aku ni

"buku apa ni, tak pernah nampak pon sebelum ni?" terdetik hati aku utk bertanya

aku membelek-belek, teliti muka hadapan dulu

''oh buku agama rupanya, lirik hati kecil aku"

setelah dibelek-belek depan dan belakang, ternampak tajuk buku itu

bertajuk, ''Peristiwa Akhir Zaman''

susunan Abu Ali Al-Banjari An Nadwi

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya Allah, macam mana buku sebaik ni aku tak pernah perasan pon?

aku tak pernah bukak pon sebelum ni!

MasyaAllah

tarik nafas panjang-panjang
.
.
.
.
.
setelah membelek lagi,

menarik! lalu aku menyelak beberapa muka surat untuk dibaca
.
.
.
.
.
.
.
muka surat 1
.
.
.
2
.
.
4
.
.
.
.
.
.

tiba-tiba terhenti dimuka surat tujuh (7)
.
.
.
.
.
.
focus dekat muka surat tujuh ni

cuba untuk membaca sepotong ayat dalam tulisan jawi

oh hadis rupanya!
.
.
.
maksud hadis;

Ertinya :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda : '' Jika seseorang berkata : orang ramai (sekarang ni) sudah rosak', maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

[H.R Muslim]

Imam Nawawi r.a ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:

"larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia dari mereka.

Maka yang demikian itu adalah haram!

diantara alim ulama yang berpendapat begitu ialah imam Malik bin Anas, Al Khath-thabi, al-Humaidi dan lain-lain.

Oleh sebab itu, maka janganlah kita merasa bangga dengan diri kita sendiri, bahkan kita hendaklah menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuding orang lain. bila isu kerosakan moral umat Islam yang dibicara, maka biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat dan dengan perasaan yang penuh belas kasihan, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah orang lain.

Mudah mudahan Allah SWT mencucuri kita dengan rahmat, taufiq dan HidayahNya.

Amin Ya Rabb

P/s 1 : jom betulkan diri kita mana yang tercela. (-.-)~



Sunday, April 10, 2011

Minggu yang sibuk

Khamis, 7 hb April -->
(Jitra, Alor Star)Kedah, (Bagan, Perda, Butterworth)Penang, (Gunung Semanggul, Sungai Perak, Tronoh)Perak

Jumaat, 8 hb April -->
(Damansara, Petaling jaya, Klang, Bangi, Shah Alam, Sungai Ramai) KL

Sabtu, 9 hb April -->
(Damansara, Petaling jaya, Klang, Bangi, Shah Alam, Sungai Ramai)KL

Ahad, 10 hb April -->
(Damansara, Petaling jaya, Klang, Bangi, Shah Alam, Sungai Ramai) KL, (Temerloh)Pahang, (Tronoh) Perak

Isnin, 11 hb April -->
(Batu Maung, Bayan Lepas) Penang, (Jitra, Alor Star) Kedah

Selasa,12 hb April -->
Kedah, Perlis

Rabu,13 hb April -- >
Kedah, Perlis


Khamis, 14 hb April -->
Kedah, Penang, KL, Johor

phewh.. loteh den ni haa!

Wednesday, April 6, 2011

Rindukan Kawan-kawan UTP




P/s 1: EE Jan06 mmg terbaek!!! Smoga Success Slalu~

video courtesy Mr Gad & Mr Enol

moga video ini boleh menjadi pengubat rindu kita. All the best semua dalam carrier masing-masing. aku doakan. amiin.





mati

Assalamualaikum
Salam kematian, salam kebijaksanaan.

kawan-kawan,
aku sekadar nak pesan yang,
setiap benda yang bernyawa pasti akan merasai mati
kita sebagai manusia yang bijak, perlulah sentiasa berwaspada
kita tak tahu bila ajal kita akan tiba
mungkin malam ni?
mungkin esok?
wallahualam itu Tuhan saja yang tahu
ingatlah yang,
masa kematian kita sentiasa semakin berkurang, takkan bertambah walau sedetik!


apa maksud berwaspada?
dengan mengingati kematian, jiwa kita akan takut untuk meakukan perkara-perkara mungkar
takut untuk menghampiri maksiat
takut menyekutukan Allah
takut lakukan zina
takut lakukan kekejaman
fitnah dan sebagainya
pendek kata, kita automatically takut akan
hukuman Tuhan yang maha Dahsyat!
atas salah laku kita di dunia ini

mungkin hari ini kau pikir kau masih muda?
yang mati petang tadi
depan mata aku
atas jalan raya
telentang darah meramu membasahi tar jalan
itu kau ingat orang tua?
itu budak remaja kalu tak silap masih belasan tahun
mungkin sudah sampai waktu arwah menghadap tuhan
al-fatihah

disini,
aku hanya sekadar boleh berpesan saja
aku pon manusia yang penuh dengan dosa
tapi sebagai seorang khalifah dimuka bumi
ini saja kemampuan aku yang ada setakat ini
untuk berpesan-pesan

takut lah kematian
ingat lah Tuhan
dengan takut tuhan, automatik kita takut untuk melakukan dosa

kalau rasa diri penuh dosa
bertaubatlah!

yang mengingatkan mati,

Hadi PELERA



Monday, April 4, 2011

Mereka bloggers KBU

Assalamualaikum.
Seperti biasa, kalu tak jawab salam hukumnya berdosa! tau? jawab lekaih.

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya baru saja balik dari berkarok. Syukur jugak kerana diberi anugerah suara yang sungguh merdu dan lunak. hahaha haktuih! dapat dosa kering aku malam ni!

Okeyh seperti yang telah dijanjikan pada pagi tadi, saya telahpun berjanji untuk memilih blog-blog pilihan terbaik dari Kami Blogger Utagha untuk diserapmasukkan ke dalam bloglist saya yang baru iaitu Mereka Bloggers KBU.

Untuk meringankan beban dibahu saya untuk memilih blog-blog itu, saya telah memberikan beberapa syarat kepada bloggers KBU yang berminat;

1. Bloggers perlu menhantar entri pilihan mereka yang dirasakan terbaik dari yang terbaik dari hasil penulisan mereka sendiri selama mereka bergelar blogger.

2. Bloggers perlu menghantar link ke status saya sebelum pukul 12 pm.

3. Keputusan diadili oleh saya sendiri dan tiada 'bias' yang akan berlaku.

4. Hanya 5 blog yang mempunyai entri terbaik daripada yang terbaik akan dipilih untuk mengindahkan 'bloglist' saya.

Sambutan agak memuaskan, terdapat beberapa blog yang telah memberanikan diri untuk mengepost entri yang dirasakan terbaik dari ladang mereka untuk tatapan dan bacaan saya.

Dibawah ini dilistkan blog-blog tersebut:


Setelah dikaji, diteliti, ditimbang-timbang, ditenung-tenung, dikhatam satu-persatu bait-bait tulisan dalam entri-entri mereka, saya berpendapat setiap blog mempunyai keunikan masing-masing. masing-masing hebat dalam menulis. kagum saya membaca entri-entri anda. tahniah saya ucapkan.

Tidak sempat untuk saya review satu persatu blog rakan-rakan sekalian untuk bacaan ramai (walaupon saya dah baca semua), tetapi secara kasarnya saya puji dan tabik spring dengan penulisan anda semua. Menarik sekali! Hebat! dan Mantap! tahniah saya ucapkan sekali lagi.

Walaubagaimanapun sukacita dimaklumkan bahawa tiada satupun blog yang berjaya menambat hati saya setakat ini. saya mintak maaf banyak-banyak. Jadi saya batalkan tawaran ini untuk kali ini. (o.O)/

boleh ka macam tu? melampau betui laaa kalu macam tu kan? hahahaha. :D

kejap kejap kejap, nanti dulu. relek dulu. cool-cool dulu. hehe saya main-main saja. yang sebenarnya saya ingin ucapkan tahniah kepada anda semua kerana telah dipilih untuk diserapmasukkan ke dalam bloglist saya.

bukan lima tapi semuaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!

~ ya be da be duuu ~

~(^.^)~
Tahniah1000x!

::percik bunga api::

::boooommmm meletoppp::

Eerr.. last but not least, disebabkan saya bukanlah seorang yang kejam (peace), bukan juga kerana kuasa veto yang hendak digunakan oleh papa khai (woho!) seperti yang disebutkannya, saya dengan berbesar hati turut menambah mereka-mereka dibawah yang mana juga bloggers KBU ke dalam bloglist saya tersebut. Tahniah saya ucapkan juga kepada mereka:


P/s : Tengok, Real life pon boleh ada Hepi Ending apaaaa. hahaha~
P/s 1 : Nanti saya ada masa saya review blog anda satu persatu, insyaAllah.
P/s 2 : Kepada semua yang telah dipilih, saya harap anda akan selalu menjenguk entri saya. tq

Itu saja hari ini dari saya,

Sekian Dulu,

Wassalam

~hepi Ending lalala~
(^.^)~

Sunday, April 3, 2011

Menjurus kearah Maksiat

Salam wbt

Aku tertarik dengan ayat yang ditulis oleh bro hamka
didalam enterinya yang bertajuk Hukum tengok wayang?


.................................................

"Soalan dari Athirah Addin:

Salam saudara hamka..

erm..boleh tak cakap sikit pasal wayang..?
Menurut islam..dan opinion saudara sendiri..


*********

Jawapan dari Hamka bukan ustaz

Salam.

jika seekor nyamuk masuk ke dalam panggung wayang lalu terbang masuk ke dalam kain orang perempuan tapi terhisap darah tangan lelaki yang bukan suaminya, maka hukumnya haram.

(Woha!)

Ps: Tengok wayang ke, tengok bola ke, tengok konsert Maher zain ke, jika korang tengok sambil buat maksiat, dan sengaja melengahkan-lengahkan solat bagi perempuan dan meninggalkan jemaah bagi lelaki maka hukumnya berdosa dan boleh masuk neraka jika tidak bertaubat, harap maklum. "

.........................................................

betul apa yang nak disampaikan oleh bro hamka dalam penulisannya
tak perlu lah untuk aku komen panjang-panjang
sebab aku rasa mudah saja nak menghadam maksud penulisan bro Hamka tersebut
secara tersirat mahupun tersurat
kahkahkah
nice one bro hamka! , (maaflah 'mencuri' entri anda sebijik-sebijik, takut originalitynya tergugat)


.........................................


Sebenarnya apa yang menjuruskan kita kearah maksiat?
itu yang perlu kita kaji
kita renung dalam-dalam, panjang lebar, luas muas.


Sebenarnya apa?
Adakah cara pemakaian kita itu yang menjurus kearah maksiat?
mungkin.

Sebenarnya apa?
Adakah diri kita dikelilingi oleh orang-orang yang suka melakukan maksiat?

Sebenarnya apa?
Adakah kita sendiri yang suka bergelumang dalam maksiat?

Adakah kita tak takut mati? (sedangkan kita tahu kita boleh mati bila-bila masa)
Adakah kita tak takut akan azab Allah yang Maha pedih? (nauzubillah)

sama-sama kita fikir-fikirkan
"kita hari ini adalah apa yang kita corakkan dahulu
kita hari esok adalah apa yang kita lakukan hari ini"
sama-sama kita cari redho Allah Swt

P/s: saya bukan ustad, bukan ilmu banyak macam saudara hamka, tapi hati saya meronta untuk berdakwah.

Sekian dulu,

Wassalam



Saturday, April 2, 2011

one in a million


Jiwangkah aku jika kata aku sangat sangat suka dengan lagu ni?
:D


P/s; lagu yang membuat aku terbuai teringatkan memori lama. haha haktuih!






Friday, April 1, 2011

Dosa Semalam

penulisan senja terakhir?

err.. layan saja apa aku tulis

semoga ada iktibarnya disini hari ini

ditag oleh si dia yang bernama MO & Wani


........................................

Pejamkanlah matamu seketika wahai kawanku

yang sudi membaca puisi ini

tenangkan fikiranmu

Istigfar lah sebanyak mungkin agar hati kau tidak keras

Tidak keras untuk menangis bila puisi ini kau bacakan satu persatu


Di sini,

Aku luahkan secebis rasa hatiku yang sudah lama aku pendamkan

Di sini hari ini,

Tubuhku seakan longlai layu tidak bermaya

Aku gagahkan diriku untuk berwudhuk menyucikan hadas kecilku

Tatkala air paip sejuk yang mengalir membasahi pipi

aku rasakan juga yang airmataku turut mengalir sama

Mengenangkan kisah silam aku yang luka berparut dihati

.

.

.

.

.

.

Disini hari ini di atas kain sejadah ini,

Aku sujud kepadaMu sedalam kalbuku

Menyelami masa-masa aku hidup diatas bumi ciptaanMu

Aku menangis,

Menangis meratapi dosa-dosa yang telah aku lakukan

Selama bergelar khalifah dimuka bumi

Yang diciptakan Tuhan


Disini hari ini dengan tangisan ini di atas kain sejadah ini,

Layakkah aku bergelar hambaMu jika hari ini aku tidak patuh akan perintahMu?

Tika aku sedang pejamkan mata,

Segala kenakalan lama muncul satu persatu

.

.

.

.

.

Aku malu, Aku leka dengan nikmat yang Engkau lambakkan padaku

Aku malu, Aku sesat dalam ilmuMu yang telah aku salah gunakan

Aku malu, Aku menyimpang dari jalan-jalan yang telah Engkau tunjukkan

Aku malu, malu untuk mengaku bahawa aku adalah umat kekasih Engkau, Muhammad

Masih adakah saat untuk diri aku ini untuk berubah?

Masih adakah ruang untuk diri aku ini kembali berdiri?

Keluar dari belenggu kesesatan yang nyata

yang engkau laknati

Ya Allah yang mempunyai 99 nama

Di sini hari ini dengan tangisan ini diatas sejadah ini,

aku perbaharui ikrarku padaMu,

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruhMu Ya Allah.

yang kena tag :

Erin Azizan & Pakcu Sofi

Tsumani Wanita Seksi

lawa memang lah lawa
kalau kaum hawa bergaya kawkaw sert
tipu la kalau aku kata tak tergoda
woha!

mungkin sudah jadi trend zaman sekarang
artis menjadi ikon trend semasa
artis malaysia tiru gaya artis luar negara
gadis biasa pula tiru pulak gaya artis malaysia yang tah apa-apa

hancur hancur hancur
hancur iman kami kaum adam
sapa yang patut dipertanggungjawabkan diatas dosa mata-mata kami?
tengok dada, tanya dada anda!

oh dah sampai rangkap 3 baru perasan
tajuk entry salah tulis
sepatutnya 'Tsunami Wanita'
ah, biarkan.
style juga tajuk yg silap itu.
hoho

hai kaum hawa yang pandai bergaya
apakata ambil masa lebih-kurang dalam lima minit
tengok betul-betul diri anda dari atas sampai bawah
cukup cantik tak?
cukup cantik tak untuk membuatkan kami kaum adam dapat dosa mata?

mula-mula tengok muka, tengok betul-betul
ada serupa momok tak?
momok kan mekap tebal-tebal

lepas tu, tengok tang kepala pula
rambut kaler apa? pink kaler?
patut la tak pakai tudung, rambut pon dah macam tudung dah
cukup cantik
cukup cantik untuk membuatkan kami kaum adam dapat dosa mata.

lepas tu try tgk dada pula
saiz apa?
saiz (lalala)?
hebat dan mantap!
cukup cantik
cukup cantik untuk membuatkan kami kaum adam dapat dosa mata.

lepas tu turun ke bawah lagi
tengok bahagian seluar pula
apa brand?
dah cukup skinny ker?
terbeliak mata-mata kami kaum adam memandang
dari depan mahupun belakang
cukup cantik
cukup cantik untuk membuatkan kami kaum adam dapat dosa mata.

Tak perlu tunggu tsunami untuk kena 'tsunami'
'Tsunami wanita seksi' yang aku maksudkan
Kesian lah pada kami kaum adam
Tak mampu menahan diri dari melakukan dosa mata setiap hari
Setiap saat
Setiap ketika
terpaksa menanggung dosa percuma
angkara nafsu wanita-wanita
makluk tuhan paling seksi!


tak setuju?
sila kritik kawkaw entri ini!

Sekian dulu dari aku hadi pelera,

Wassalam

MAAF

Assalamualaikum
::tak jawab berdosa::

(entri ini adalah luahan hati seorang insan yang bernama Abdul Hadi Bin Saaidin)


terus terang cakap
sebelum ni
aku ni bukan jenis yang pandai buat lawak
bukan jenis yang pandai bermanja-manja
bukan jenis yang suka dimanja-manja
aku seorang yang sangat serious sebenarnya!
panas baran, kepala angin, keras kepala, batu api, batu bata, batu nisan dan sbgnya.

atas kekurangan aku itu,
yang mana aku rasa pasti membuatkan orang benci
sakit hati, marah, dendam, meluat, muntah dan sbgnya,
aku mula sedar
yang aku perlu berubah

mintak maap aku mohon jika selama anda mengenali diri ini;

mulut ini,
mata ini,
telinga ini,
hidung ini,
tangan ini,
kaki ini,
diri ini,

pernah membuatkan anda tidak senang
pernah membuatkan anda benci
pernah membuat anda berdendam
pernah buat anda menangis
pernah buat anda sedih dan sbgnya


ampun & maaf dariku,

Abdul Hadi Bin Saaidin

Alamat Email : hardizton7_alive@yahoo.com & hadiee07@gmail.com