nuffnang

Monday, April 25, 2011

Laksamana Sunan

Assalamualaikum wbt

Hari ini aku akan bercerita tentang seseorang Hero yang aku amat kagum, mungkin hero aku ni adalah realiti, mungkin juga beliau hanya hidup dalam alam khayalan fantasi aku saja tapi aku sangat mengagumi beliau. sangat! bila aku maksudkan sangat tu memang benar-benar aku maksudkan.

Siapakah Laksamana Sunan?

Nama Sebenar Laksamana Sunan ialah Saifudin. Saifudin ialah orang melayu kita. mendapat ilmu persilatan dan ilmu agama dan sangat dikagumi lawan dan musuh daripada seorang guru di Tanah Jawa, Acheh. Setelah sekian lama beliau kembali juga ke tanah air untuk bersua dengan ahli keluarga tercinta yang telah lama ditinggalkan. kanapa beliau belajar di Acheh? Beliau difitnah penduduk kampung, katanya beliau telah merosakkan anak gadis seorang ketua kampung kalu tak silap aku.

Dengan Iman yang kuat dihati, beserta hati yang bersih dalam mentaati segala perintah Allah swt, Saifudin telah menjadi seorang lelaki hebat yang dikenali diseluruh rantau tanah jawa dan juga tanah melayu. berita tersebar luas dari mulut ke mulut. tapi oleh sebab beliau telah dikenali ramai, ada juga yang memusuhi beliau termasuklah musuh yang mengamalkan ilmu hitam dan yang hamba kepada taghut (syaitan).

Tiada yang lebih hebat berbanding Allah yang Maha Esa, itulah antara ungkapan yang sering dihamburkan oleh jejaka tampan yang bernama saifudin itu. itulah pegangan yang dipegang teguh oleh beliau sehinggakan musuh dan syaitan gentar untuk beradu tenaga dengannya. usahkan menyentuh tubuh saifudin, nak melangkah menghampirinya pon sukar. Pagar diri yang diamalkan saifudin nyata kebal, sekebal tembok konkrit KLCC, tinggi menggunung dan kukuh mencengkam.

Walaupun saifudin mempunyai pakej yang serba hebat berbanding orang lain, tapi beliau berjiwa mulus. tidak pernah sesekali meninggi dan bangga diri. tidak pernah berkata kesat, tidak pernah memandang sinis kepada manusia, tidak pernah membenci, tidak pernah menyesatkan, hanya yang baik-baik belaka mengenai beliau. Beliau sentiasa segera bermuhasabah diri jika merasakan beliau tersasar jalan, walaupun cuma sekali dua. itu pon hal remeh temeh bagi kita. disitu lah timbul bertapa kagumnya aku kepada beliau, kalau boleh aku pon mau jadi seperti Saifudin. insyaAllah doakan aku.

Zikir dan ayat-ayat Quran sentiasa menjadi Amalannya seharian. Solat Sunat ditambah bagi memperbaiki yang wajib. jika ada ruang kosong, pasti akan diisi dengan lafaz-lafaz memuji Allah seperti Allahu Akbar, Subhanallah, Alamdulillah dan lain-lain.

Beliau pernah bertarung dengan Hang Tuah Pahlawan Melaka yang dikatakan hebat dengan keris Tamming Sari itu. Kebal kononnya. Kemenangannya dengan Si Tuah tidaklah dibanggakakn olehnya, sebaliknya beliau cuba untuk mencari jalan yang terbaik selain berlawan sesama Islam. tapi bila berlawan dengan iblis dan syaitan, saifudin ibarat singa yang ligat bertarung. tapi dalam pada yang sama, ramai juga manusia bertopengkan syaitan yang insaf dan akur dengna keikhlasan saifudin lalu kembali kepada Agama Islam yang suci.

"Andai dapat kucapai Awai, Maka Saktilah Hamba", adalah ayat yang terpahat dihati aku. kalu tak silap saifudin pernah naik kapal terbang sebab beliau menerima anugerah hebat dari Allah iaitu Ashabul Kahfi dan telah dipindahkan ke masa depan iaitu masa ini. berjumpa dengan gadis cantik bernama Haryani dan hampir berkahwin. Ada kisah cinta antara mereka yang amat aku kagumi. nak tau lebih lanjut sila lah baca novel Marvelous Ramlee Awang Mursyid dalam judul dan siri novelnya. Hebat!

1) Bagaikan Puteri
2) Cinta Sang Ratu
3) Hijab Sang Pencinta



Sekian dulu dari aku yang mengagumi Saifudin aka Laksamana Sunan,

Hadi PELERA

21 comments:

shida anwar said...

suka-suka...jatuh chenta ngan Laksamana Sunan

Bagaikan Puteri...Hijab Sang Pencinta..Cinta Sang Ratu..Cinta Sufi..Sutera Bidadari...

anah samsudin said...

Ramlee Awang Mursyid punya masterpiece memang terbaek..hehe

mikhail , ADAM , 9 nyawa pon best

torazmaih said...

sangat meminati keperibadian laksamana sunan walaupun hanya melalui penceritaan....Ramli Awang Murshid novelis thriller no.1 Malaysia....

fRaMe+LenSeS said...

terbaek. ada kawan selalu cita sal dia ni. :D

juicy X said...

ada semua koleksi RAM <---- riak
(mau cari suami spt laksamana sunan :)

hadi Saaidin said...

@ kak shida anwar. jatuh cinta dengan laksamana sunan itu bererti jatuh cnta dengan saya. adehh.. :)

@anah samsudin : skrg ni dok cari gak RAM punya masterpiece. terbaek. bagus betui la penulis nih. kagum

@torazmaih : :D watak perwatakan dia sempurna seorang muslim sejati

@juicy X : erm... lai macam ja bunyi tu. hehe

hadi Saaidin said...

@frame and lense : jom jadi seperti laksamana. insyaAllah. :)

Erin Azizan said...

quote yg paling saya suka
"mati itu pasti, hidop itu InsyaALLAH"

Adam Zulhilmi said...

wahhh suka2... :)

hadi Saaidin said...

@erin Azizan :huhu, antara quote yg paling disukai juga. :)

@adam Zulhilmi : peace bro huhu

anith chan said...

Nk penjam . :)

Aini_S said...

saya jatuh cinta dengan saifuddin...fuh...bestnyer jadi Haryani...hehe

Unknown said...

pepatah Saifudin yang paling disukai
"Sebagai manusia, kita sayang padamu"..

sufi mahabbah said...

laksamana sunan mmg ade..tp cerita y diceritakn dlm novel RAM cume rekaan fntasi je..xde mnusia y bleh mnjejak ke mse depn dn mngundur ke mse belakng..klu i2 bleh brlaku mka rmailah y akn mmnta utk mmbtulkn kesilapn y lalu...bce cerita ni buleh tp jgn la anggp ianye bnr,,..sbb tkut jtuh syirik jike kite mmprcayai sunan pnh mnculdi abd21..^_^...

sufi mahabbah said...

criter arjuna bleh dibuat drama..xmustahil criter laksamana sunan bleh difilemkn..tp klu buat drama lg best kot..sbb lebih detail pnceritaannya nnti

Anonymous said...

Alhamdulillah hanya Allah yg Maha Mengetahui mencipta kisah Laksamana Sunan aka saifudin ini bagai contoh perjuangan menentang musoh Islam di Malaysia khasnya dan negara2 Islam lain amnya. Sebagai orang Islam yg rohnya dalam genggamanNya, "hidop dan matiku hanya kerana Allah S.W.T.".

solehah said...

Cerita sunan semuanya sy ad 5buah nvel..tp xpuas sb xde smbungan lagi..wlaupun dkatakn fntasi..sy ttp rndukn saifudin..

Ratna Syazana said...
This comment has been removed by the author.
Ratna Syazana said...

kita berkongsi minat yang sama pada watak dan perwatakan laksamana sunan :)
jom singgah ke blog saya baca entri pasal Laksamana sunan :)

Nuriciroe said...

laksamana sunan aka saifudin jalis ialah idola saya.alangkah indahnya jikalau sya jugak mmpunyai peribadi spt laksamana sunan itu,,,,tetapi my Rasulullah S.A.W. is always in my heart....

Nuriciroe said...

laksamana sunan aka saifudin jalis ialah idola saya.alangkah indahnya jikalau sya jugak mmpunyai peribadi spt laksamana sunan itu,,,,tetapi my Rasulullah S.A.W. is always in my heart....